Jika tahun 2022 ialah tahun anda untuk memulakan habit baharu iaitu bersenam secara berkala, tiada istilah terlambat untuk bermula sekarang! Untuk pemula, anda pasti tercari-cari cara yang sesuai untuk anda melakukan senaman ringan. Apalagi pandemik menyebabkan kita kurang berada di luar rumah untuk bersenam, rumah kediaman menjadi tempat yang paling ideal untuk melakukan aktiviti senaman. Caranya sungguh mudah. Anda hanya perlukan tablet, komputer riba, televisyen atau telefon mudah alih. Pastikan salah satu peranti ini ada aplikasi Youtube dan search: AllblancTV Sebelum itu, jom kenali Allblanc TV! Saluran Youtube ini pernah menjadi viral pada tahun 2020, ngam-ngam sewaktu pandemik mula melanda dunia. Allblanc di ketuai oleh Ryo @coolguy_no.5 dan bebeberapa ahli lain iaitu Louis @louis.oh__, James dan Bri. Menariknya semua nama ini mereka cipta khas buat fans international kerana kebanyakan fans sukar menyebut nama Korea. Dengan 1.83 juta subscibers , setiap video me...